Kelas Asas ICT & Emel

14 November 2020 | Aktiviti Terkini

Seorang suri rumah, Puan Rose, telah datang ke Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya pada 13 November yang lepas untuk membuat bancian secara atas talian melalui E-Census dan sekaligus menyertai Kelas Asas ICT dan emel yang dianjurkan oleh pihak PIK RPR Sibujaya.

Puan Rose yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, tidak mempunyai kemahiran yang baik menggunakan ICT dan beliau mengambil inisiatif untuk mempelajari asas ICT di PIK RPR Sibujaya bagi memudahkan beliau untuk melengkapkan bancian atas talian (E-Census) dan juga meluangkan sedikit masa untuk mempelajari emel.

Pada mulanya, beliau agak susah untuk memahami apa yang diajar tetapi pihak PIK RPR Sibujaya berusaha sebaik mungkin membimbing Puan Rose sehingga beliau boleh menggunakan komputer, internet dan emel dengan baik di samping mengetahui langkah-langkah asas menggunakan komputer.

Beliau berjaya menggunakan internet dan emel dengan baik dan juga berjaya melengkapkan bancian atas talian dengan bimbingan daripada tenaga pengajar PIK RPR Sibujaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali